Sengatan yang membawa maut...

TEBUAN kunyit bawa maut pada kanak-kanak berusia tujuh tahun’. Kalau terbaca tajuk laporan sebegitu, tentu seseorang yang punya perasaan akan jatuh simpati dan sedih. Begitulah yang terjadi kepada sepasang suami isteri di Teluk Intan, Perak yang kehilangan anak kesayangan mereka akibat disengat tebuan kunyit. Kematian yang sangat tidak disangka itu mewujudkan seribu persoalan bukan sahaja tentang kehilangan nyawa anak kecil yang tidak berdosa malah mengenai tebuan tersebut yang selalu dianggap sebagai serangga biasa oleh kebanyakan orang.


Mengimbas kembali kejadian itu, Asyhraff Nabil Abdullah, 7, dari Kampung Parit Che Maja, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak iaitu anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Abdullah Yusoff, 53, dan Noraini Samijo, 42, telah disengat tebuan kunyit pada hari Isnin 31 Januari lalu. Menurut Abdullah, anaknya sebelum kejadian telah pergi ke bilik air untuk membuang air kecil dan mencuci muka. Beberapa minit kemudian, arwah dikatakan menjerit kesakitan. Isteri Abdullah yang bergegas ke bilik air itu segera mengibas-ngibas tuala yang digunakan anaknya untuk menghalau serangga yang dilihat berwarna kuning berbelang-belang di badan dan berbentuk bulat seperti kumbang hitam. Asyhraff sebenarnya telah disengat seekor tebuan kunyit di hidungnya ketika mengelap muka dengan tuala. “Kami ingatkan gigitan serangga biasa dan tidak berbuat apa-apa. Pada lewat malam kejadian itu, badan anak saya menjadi panas dan mukanya bengkak. Kami menggegaskan dia ke sebuah klinik kesihatan di Sungai Batang kira-kira pukul 9 pagi keesokan harinya.
                             
 “Doktor yang memeriksa Asyhraff memberikan ubat sapu dan meminta agar dia dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut. Mukanya semakin membengkak manakala demam kuat masih tidak beransur kurang. Dia juga hilang upaya untuk berjalan,” imbas Abdullah. Dalam perasaan hiba Noraini menceritakan semula, anaknya dikejarkan ke wad  kecemasan sekitar pukul 2 petang oleh doktor dan jururawat HTI. Melihatkankeadaannya, kumpulan petugas perubatan itu memberi rawatan kecemasan di samping pengambilan ujian darah.m“Saya berada di sisi anak saya ketika doktor dan jururawat memeriksanya. Doktor memberi tiga dos suntikan kepada Asyhraff selain menekan jantungnya  bagi menstabilkan semula kadar pernafasan yang ketika itu dilihat semakin lemah. Tiba-tiba anak saya muntah darah. “Selama lebih lima jam doktor cuba menyelamatkan anak saya. Kami jadi kaku  apabila doktor akhirnya memberitahu bahawa anak kami telah meninggal dunia ekoran racun tebuan itu sudah sampai ke sistem saraf otak,” katanya yang tidak dapat menahan tangisan. Noraini memberitahu, tebuan kunyit itu mempunyai sarang yang dibina dengan daun-daun kering di bawah pokok pisang yang terdapat di halaman belakang kediaman mereka. Kuasa sengatan Kejadian menyayat hati tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa serangga itu amat berbahaya ekoran sengatannya yang membawa maut terhadap seorang 
kanak-kanak. Persoalan mula timbul. Sejauh manakah daya ketahanan seseorang untuk ia melepasi risiko maut sekiranya disengat tebuan? Adakah ia berkaitan dengan  faktor kesihatan dan usia? Paling utama, ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai serangga itu yang selama ini sekadar dianggap ‘kumbang biasa dengan bisa yang lebih’. Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan  Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu. “Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga    
Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.

0 comments:

Post a Comment