Is This Proton Prototype?

Beberapa buah kereta Proton yang berbentuk pelik dan tidak pernah dilihat umum sebelum ini telah diangkut oleh sebuah trailer panjang. Gambar kereta-kereta Proton yang mempunyai reka bentuk yang sangat luar biasa itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh seseorang yang kebetulan memandu di atas jalan yang sama dengan lori pengangkut Proton ni. Mari kita lihat gambar rekabentuk Proton baru ni.



Sony Tablet PC - S1 & S2

Gergasi elektronik dan peralatan hiburan Jepun, Sony Corp menampilkan komputer tablet pertamanya dengan kod nama S1 dan S2, dalam satu langkah untuk memberi cabaran langsung kepada iPad keluaran Apple. ‘Sony Tablet’ S1 mempunyai skrin tunggal dan ia bagi kegunaan rumah manakala tablet S2 yang bersifat mudah alih pula mempunyai dua skrin, kata Sony dalam satu sidang akhbar di Tokyo.

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat...

Satu tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Setakat ini dilaporkan 3 kanak-kanak maut manakala 7 lagi berjaya dikeluarkan selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Kesemua mereka telah dihantar ke hospital Kajang. (sehingga 6.30ptg).

Handphone dengan 3 display screen...

Seorang designer, Kristian Ulrich Larsen memperkenalkan telefon bimbit lipat (flip phone) yang mempunyai tiga skrin pertama di dunia. Apa yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga skrin ini adalah skrin sesentuh (touch screen) yang menggunakan teknologi skrin AMOLED dan dikuasakan oleh sistem operasi Android.

Bahana minum Teh Ais terlalu kerap...

Pernah tengok iklan Lipton bertajuk 'Kebaikan Teh' dekat TV beberapa waktu dulu? Dalam iklan tu, ditunjukkan beberapa responden yang ditemu-ramah mengatakan bagaimana dengan meminum teh dapat memberi faedah kepada mereka. Tapi tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.