Sony Tablet PC - S1 & S2

Gergasi elektronik dan peralatan hiburan Jepun, Sony Corp menampilkan komputer tablet pertamanya dengan kod nama S1 dan S2, dalam satu langkah untuk memberi cabaran langsung kepada iPad keluaran Apple. ‘Sony Tablet’ S1 mempunyai skrin tunggal dan ia bagi kegunaan rumah manakala tablet S2 yang bersifat mudah alih pula mempunyai dua skrin, kata Sony dalam satu sidang akhbar di Tokyo.

0 comments:

Post a Comment

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat...

Satu tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Setakat ini dilaporkan 3 kanak-kanak maut manakala 7 lagi berjaya dikeluarkan selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Kesemua mereka telah dihantar ke hospital Kajang. (sehingga 6.30ptg).

0 comments:

Post a Comment

Handphone dengan 3 display screen...

Seorang designer, Kristian Ulrich Larsen memperkenalkan telefon bimbit lipat (flip phone) yang mempunyai tiga skrin pertama di dunia. Apa yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga skrin ini adalah skrin sesentuh (touch screen) yang menggunakan teknologi skrin AMOLED dan dikuasakan oleh sistem operasi Android.

1 comments:

Post a Comment

Bahana minum Teh Ais terlalu kerap...

Pernah tengok iklan Lipton bertajuk 'Kebaikan Teh' dekat TV beberapa waktu dulu? Dalam iklan tu, ditunjukkan beberapa responden yang ditemu-ramah mengatakan bagaimana dengan meminum teh dapat memberi faedah kepada mereka. Tapi tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

0 comments:

Post a Comment

Pasangan kulit hitam dan bayi berkulit putih mereka...

Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih. Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam. Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini. Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.

0 comments:

Post a Comment

Ceritera Osama Bin Laden...

Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden yang popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan.

0 comments:

Post a Comment

HTC Desire S terbaru...

Menurut HTC, perubahan dan modifikasi yang dilakukannya amat banyak tetapi tidak menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Untuk Desire S, badannya lebih nipis 0.27mm. Gadget ini dikatakan ringan 5 gram daripada abangnya HTC Desire. Seperti yang dijangkakan ia dikuasai oleh Android 2.3 , Gingerbread dan HTC Sense. HTC Desire S dilengkapi dengan 5 megapixel camera yang boleh merakan video pada format 720p HD.

0 comments:

Post a Comment

Mengapa HAWA tercipta saat ADAM tidur?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

0 comments:

Post a Comment

Pengakuan Bekas DSM Hai-O Marketing...

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

20 comments:

Post a Comment

Dell Streak Tablet...

Zaman sekarang macam-macam gadget yang dikeluarkan dan masing-masing nak tunjukkan kehebatan mereka yang paling terbaru keluaran Apple - iPad 2. Dell juga tidak ketinggalan. Memperkenalkan Dell Streak. Saiz yang sesuai, boleh berhibur dimana sahaja, layan website social, dan juga navigation system.

0 comments:

Post a Comment

Cerita disebalik Sambutan hari ibu...

Sempena sambutan yang akan berlaku hari ahad setiap minggu kedua bulan Mei iaitu hari ibu, gua nak story skit cite pasal hari ibu. Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Puduraya berwajah baru...

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Setelah ditutup selama hampir setahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pemodenan, kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula mulai Sabtu ini bersamaan 16 April 2011.

0 comments:

Post a Comment

Pemimpin yang begitu sederhana - Mahmoud Ahmadinejad...

Ketika di temubual oleh TV Fox (AS) mengenai kehidupan pribadinya:'Ketika anda melihat di cermin setiap pagi,apa yang anda katakan kepada diri anda?'.Presiden Mahmoud Ahmadinejad menjawab:'Ingat,engkau tidak lebih dari seorang pelayan,hari-hari yang akan mendatang penuh tanggung jawab yang berat,yaitu melayani bangsa iran'.Berikut adalah gambaran kesederhanaan ahmadinejad,yang membuat orang terkejut:

1 comments:

Post a Comment

Ibu yang melakukan pembedahan untuk sama macam anaknya...

London - Seorang ibu menjadi obsesi untuk kelihatan serupa dengan anak gadisnya.Padahal perbezaan usia mereka berdua 22 tahun!.Untuk mencapai cita-citanya itu,wanita Inggris tersebut rela menghabiskan ribuan poundsterling untuk menjalani pembedahan plastik.usahanya itu tidak sia-sia.sekarang Janet Cunliffe bagaikan saudara kembar putrinya,Jane Cunliffe.

0 comments:

Post a Comment

Apabila Imam Al-Ghazali bercerita...

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali merupakan seorang ‘alim yang gemar mempelajari bermacam-macam jenis ilmu. Ini telah diceritakan oleh al-Imam Abu Hamid al-Ghazali sendiri di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ad-Đalal. Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau ber-Teka Teki :

1 comments:

Post a Comment

Fakta mengenai F1...

Sebut je pasal F1, semua akan fikir Ferari, Michael Schumacher, tapi itu dulu, sekarang Ferari dah tak boleh pegi dah... Pas2 datang lak team Lotus... pun tak boleh blah gak... tapi korang tau tak pasal kejuruteraan formula satu ni? Kenapa diaorg leh pergi dengan tak? Meh kita tengok skit info pasal Formula 1 ni...

0 comments:

Post a Comment

Kasut kulit tertua di dunia...

Kasut kulit tertua didunia telah ditemukan di pegunungan Armenia, umurnya diperkirakan sekitar 5.500 tahun. Alas kakinya terbuat dari kulit, menggunakan tali untuk mengikat bagian depan dan belakang.Seperti diberitahu oleh Associated Press, Khamis 10 Jun 2010, peneliti melaporkan hal itu kepada sebuah jurnal di perpustakaan awam ilmu pengetahuan.Kasut untuk kaki kanan itu ditemukan di dalam sebuah gua.

0 comments:

Post a Comment

Tuntutan yang sangat pelik...

Untuk mendapatkan wang di zaman sekarang ini, ada orang yang suka menghalalkan segala cara,dan lucunya mereka menggunakan cara yang tidak masuk akal,misalnya dengan melakukan tuntutan yang pelik di mahkamah.Ada yang gagal,ada juga yang berhasil.Seperti yang disebut didalam Al-Quran, apabila berlakunya hari kiamat banyak pembohongan berlaku dari segi pemberian maklumat...

0 comments:

Post a Comment

Kereta kabel jatuh di Genting...

Sebuah kejadian yang tidak dilaporkan oleh media massa. Kejadian berlaku pada 3 Mac 2011 jam 1.59pm.kejadian. Kejadian ini mungkin akan memberi satu impak kepada Genting kalau ia disebarkan ke media massa tak da orang la nak pergi genting ag nak main pakau. hahaha...


0 comments:

Post a Comment

iPhone 5... September 2011

Ya. Seperti iPad, dijangka tahun ini Apple sekali lagi akan melancarkan smart phone mereka generasi yang kelima semenjak 2007. iPhone generasi yang ke-5 ini dijangka akan dilancarkan pada Jun 2011. Antaranya ialah :


0 comments:

Post a Comment

Solat yang diterima Allah...

Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.

Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:


0 comments:

Post a Comment

Apple iPad 2...

Apple iPad 2 baru sahaja dilancarkan pada 2 March 2011 oleh Steve Jobs sendiri. Memang banyak perbezaan dari segi hardware antara first generation iPad dengan iPad 2. Tapi design luaran masih sama macam iPad first generation. Antara features yang terdapat dalam iPad 2 :

0 comments:

Post a Comment

10 bangunan yang aneh dan menakjubkan...

Dengan bangunan yang banyak meliputi muka bumi pada masa sekarang ini, para arkitek sering merekabentuk dan membangunkan bangunan yang pelik dan menakjubkan dalam menarik minat orang yang datang melihatnya. Berikut, kami bawakan gambar 10 bangunan nyata yang betul-betul menarik dan menakjubkan sekali rekabentuk dan caranya ianya dibangunkan.


The Ufo House, Sanjhih, Taiwan

0 comments:

Post a Comment

Budak sotong...

Deepak Kumar Paswaan, berasal daripada Buxar, Bihar (Timur India) berbeza daripada kanak-kanak lelaki yang lain. Kerana mempunyai kembar yang melekat pada dadanya. Disebabkan keanehan pembesaran pada Kumar, dia digelar sebagai Budak Lelaki Octopus oleh masyarakat India di sana. Tak cukup dengan itu, ada jugak yang anggap dia sebagai Tuhan dan sebahagian yang lain menganggap dia sebagai Syaitan. Kesian kan? Apalah salah budak kecik ni.

0 comments:

Post a Comment

Patung perfileman yang jimat...

Apsal ar kat Malaysia xde org nk buat patung macam ni, ni nk kena bayar sampai puluhan ringgit nk bayar duit extra. Kalau benda ni ade kan lagi senang. Xyah kuar bajet ribu-ribu dan kualiti filem akan lebih baik. Xyah ar membazir sampai 40juta... HAHAHA...

0 comments:

Post a Comment

Sejarah BOON SIEW HONDA...

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.


Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.

Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.

0 comments:

Post a Comment

Nama Syaitan dan Tugas beliau...

Tahukan anda mengenai Syaitan-Syaitan yang ada? Semasa nabi Adam AS di cipta syaitan ini telah menderhaka kepada Allah. Dan mereka juga telah menyebabkan nabi Adam diturunkan dari Syurga ke bumi kerana memakan buah kurdi'. Dan syaitan berikrar akan sentiasa menyesatkan cucu cicit Adam supaya tidak menyembah ALLAH yang satu. Berikut adalah senarai syaitan-syaitan yang ada untuk pengetahuan korang.


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim


(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah
kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Dan yang terakhir ini yang paling teruk!


10. Isetan

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing & .....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.



0 comments:

Post a Comment

Apabila sungai menjadi warna hijau...

Pencemaran yang teruk telah berlaku di salah sebuah sungai di Amerika Syarikat. Hasilnya, sungai tersebut telah bertukar warna kepada hijau muda akibat individu yang tidak bertanggungjawab telah melepaskan sejumlah besar larutan flourosen ke dalam sungai ini. Berikut ialah hasilnya sungai tersebut.

Teruk sungguh pencemaran yang berlaku kat Amerika Syarikat ni. Sekali pandang macam kena cecair CRIPTONYTE. Hahaha... Kira kat Malaysia lagi ok ar pencemaran sungai dia coz air dia just warna macam teh ais atau paling teruk macam air kopi. Hahaha...

0 comments:

Post a Comment

Banjir terburuk dalam sejarah Multimedia College

Kejadian ini terjadi semasa bulan MAC 2011. Masa ni KL memang hujan turun dengan lebat dan hampir semua KL jam teruk. Biasa lah KL, kalau ujan je konpem jam. Tambahan pula kejadian ini berlaku pada hari Jumaat. So memang ramai yang nak balik awal. Tapi aku rasa ini memang banjir paling teruk pernah aku tengok ar coz selama ni tak pernah banjir sampai teruk macam ni. 


1 comments:

Post a Comment

Bruno Mars - The Lazy Song - Sangat kelakar dan Kera-tif

Aku first time tengok video ini aku tergelak sorang coz video ni sangat funny. Tak payah kuar bajet beribu nak buat video clip. hahaha... bruno mars memang TERBAIKLAH.... apa kata korang balik rumah pakat dgn kawan-kawan pakai topeng hantu cite SCARY MOVIE then buat video clip NEVER SAY NEVER. Konpem dapat hit yang banyak dalam youtube... hahahaha..

The Lazy Song lyrics
Songwriters: Keinan Warsame;Bruno Mars;Ari Levine;Philip Lawrence Ii

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't

I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all

Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
[ From: http://www.elyrics.net/read/b/bruno-mars-lyrics/the-lazy-song-lyrics.html ]
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait

Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

0 comments:

Post a Comment

LEX SLIDE : Slide yang tertinggi...

Ni adalah salah satu benda yang menarik pernah aku tengok yang ada kat malaysia selain taman2 tema lain yang ada kat malaysia. Slide ni diiktiraf sebagai The Tallest Spiral Slide dalam Malaysia Books Of Records. Memang best ar benda ni. Sape2 yang berminat boleh lah pergi EMPIRE MALL SUBANG JAYA. ::Perhatian kepada sesiapa yang takut kepada ketinggian dinasihatkan jangan pergi. hahahaha...


0 comments:

Post a Comment